Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Jumaat, 30 Julai 2010

RENUNGKANLAH

Salam... kali ni aku letak entry pasal agama lagi... sama-sama kita baca yer...


1.. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2.. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3.. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4.. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5.. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu".

6.. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7.. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8.. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".



Penjelasannya :

Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.

Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.

Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri.Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?. Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?.Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu.


P/S=hmm... insaf aku baca entry aku sendiri ni...

Rabu, 28 Julai 2010

TUKANG GUNTING RAMBUT DAN TUAN HAJI "part 2"

Salam... sapa ada baca bahagian 1 cerita tuan haji dan tukang gunting rambut yang aku letak dulu? sapa yang tak baca sila klik sini kesian pak haji tu kan? kena kaw-kaw dengan tukang gunting rambut tu? haha tapi kali ni tuan haji tu pergi jugak kedai gunting rambut tu tapi kali ni tukang gunting rambut ni plak tanya kepada tuan haji tu! apa dia tanya? baca ni...


TUAN HAJI TERSEBUT PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT ITU LAGI UNTUK MENGGUNTING RAMBUTNYA YANG TUMBUH PANJANG SEMULA DAN JANGGUT JUGA.APABILA TUKANG GUNTING ITU MEMULAKAN TUGASNYA,MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.

TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH, TUKANG GUNTING ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.'' TUAN HAJI ITU MENJAWAB ''KENAPA KAMU KATA BEGITU?''

''CUBA KAMU KELUAR DI TENGAH JALAN ITU DAN TUNJUKKAN PADA SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA RAMAI SANGAT ORANG SAKIT KAT LUAR TU? KENAPA MASIH ADA KANAK-KANAK YANG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD, DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DALAM DUNIA NI.SAYA TAK DAPAT BAYANGKAN ALLAH YANG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.

TUAN HAJI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN,SELEPAS TUKANG GUNTING RAMBUT ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, TUAN HAJI TADI PUN PERGI.

SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,TUAN HAJI TADI TERNAMPAK SEORANG LELAKI BERAMBUT PANJANG, SELEKEH, KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,'' KAMU TAHU TAK SEBENARNYA TUKANG GUNTING RAMBUT JUGA TIDAK WUJUD?''

''KENAPA KAMU KATA MACAM TU? SEDANGKAN SAYA BARU GUNTING RAMBUT KAMU TADI'' KATA TUKANG GUNTING RAMBUT ITU. ''TIDAK!'' TUAN HAJI TERSEBUT. ''KALAU TUKANG GUNTING RAMBUT WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORANG YANG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YANG PANJANG DAN KOTOR MACAM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.

'AH! TUKANG GUNTING RAMBUT MEMANG WUJUD! LELAKI TU JADI MACAM TU SEBAB DIA TIDAK DATANG PADA SAYA UNTUK MENGUNTING RAMBUTNYA!'' KATA TUKANG GUNTING RAMBUT ITU. ''TEPAT SEKALI! THAT'S THE POINT! ALLAH JUGAK WUJUD TAPI MEREKA YANG MENERIMA KEPERITAN & PENDERITAAN TIDAK MENGINGATINYA DAN MEMOHON PERTOLONGAN DARINYA.'' JAWAB TUAN HAJI TERSEBUT SEBELUM BEREDAR MENINGGAL TUKANG GUNTING RAMBUT DALAM KEADAAN TERPINGA-PINGA...


P/S=kesimpulan cerita tukang gunting rambut dengan tuan haji ni? pandai-pandailah korang menilai sendiri aku pun tak tahu nak cakap macam mana? hahaha

Selasa, 27 Julai 2010

CUBA BACA NI...

Ha! ni e-mail dari member aku lagi? serius! aku boleh dikatakan setiap minggu member aku yang sorang ni ada je hantar e-mail kat aku? cerita macam-macam! mana dia dapat tak tahulah? hahaha apa-apapun thankz Nazi! haha (aku tahu ko silent reader blog aku)



Can study continue STUDY
Can't study, work FACTORY
Cannot rely on CHARITY
Earn a little SALARY
Just enough 4 daily ROTI
Go work no WIRA but LRT.
Colleagues formerly FRIENDLY
Daily treated to KOPI
Now gradually get CRAZY
Behind me say I LAZY.
Boss has no SYMPATHY
Work always must HURRY
Say I not enough BUSY
Often ask me do OT
Midnight go back by TAXI
TAXI surcharge KILLING ME
Now i pokai and NO MORE MONEY
Borrow from along kena EXTRA FEE
Coz money is never FREE
Boy/girl-friend go STEADY
Serious, and then MARRY
Ceremony and PARTY
joker-friends give PANTY
No money sure no HONEY
10 months later be DADDY
Wife at GH birth a BABY
Monthly pay back RHB
Earn not enough FEEL GUILTY
Nak jump down suicide and MATI
No money 4 funeral how to BURY
Because MALAYSIA BOLEH. SEMUA JADI.


=tiada kena mengena yang hidup atau yang MATI.
saja gurau untuk hari ni
mana tahu esok kita tak berjumpa lagi
jadi semoga selalu happy
jangan stress atau makan hati
sebab hidup hanya sekali=


P/S=eh! korang semua dah baca ke ni? perasan tak semua sama akhir sekali? pelik dan misteri? eh! kenapa dengan aku ni? alamak! berjangkit plak lepas baca aku punya entry? oklah! bye jumpa lagi! eh! hihihi..

JIKA ISTERI BERSUAMIKAN PROGAMMER?

Ni e-mail kawan aku kasi tadi pagi? haha memang habis! mana kawan aku ni dapat aku tak tahu la? jom layan sama-sama cerita ni...




Kawan Kawan, Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.

Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."

Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?

Suami : Bad command or filename.

Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!

Suami : Errorneous syntax. Abort?

isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hah..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?

Suami : Variable not found...

Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.

Suami : Sharing Violation. Access denied...

Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.

Suami : Too many parameters...

Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.

Suami : Data type mismatch.

Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.

Suami : It's by Default.

Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?

Suami : File in use ... Try later.

Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?

Suami : Unknown Virus. "


P/S=kesian si isteri kan? adoiyai.. hahahaha

Isnin, 26 Julai 2010

FAKTA MENARIK DUNIA "bahagian 5"

Salam.. kali ni aku nak sambung lagi fakta-fakta menarik yang ada di dunia! sama-sama kita baca yer...


81. Gula-gula getah tidak dijual di Disney Land

82. Mangunyah gula-gula getah sewaktu kita mengupas bawang mencegah kita daripada menangis

83. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kanan

84. Nama Artic (kutub utara) bermaksud beruang dalam bahasa Yunani (Arktos), dan memang beruang kutub hanya ada di kutub utara

85. Jika kira berdiri di dasar perigi, kita boleh melihat bintang walaupun di siang hari

86. Suara yang kita dengar dari dalam kerang bukan suara ombak laut, tapi suara aliran darah dalam kepala kita.

87. Kebanyakan manusia yang menderita ketakutan pada ruang terbuka (kenophobia) daripada ketakukan pada ruang tertutup (claustrophobia) .

88. Teknik mengacau terbaik bukan dengan gerakan memutar, tapi dengan gerakan huruf W

89. Adegan band yang terus bermain muzik saat Titanic tenggelam adalah kisah nyata

90. Buku Guinness Book of Records memegang rekod sebagai buku yang paling banyak dicuri ari perpustakaan

91. 35% dari orang yang mencari jodoh melalui internet, sudah menikah

92. Coca-Cola dulu berwarna hijau

93. Secara fizikal, babi tidak boleh mendongak ke langit

94. Semua beruang kutub kidal

95. Kelawar selalu belok ke kiri jika terbang keluar dari gua

96. Jim Henson pertama kali memakai kata “Muppet”. Kombinasi dari “marionette” dan “puppet.”

97. Gajah satu-satunya haiwan yang tidak boleh meloncat

98. The Michelin man (figure berbaju dan bertopi putih di iklan Michelin) bernama Mr. Bib. Nama aslinya Bibendum pada iklan pertama tahun 1896.

99. Kita tidak boleh menjilat siku kita sendiri

100. Kata “lethologica” menggambarkan saat dimana kita tidak boleh mengingati apa yang kita inginkan.


P/S=amacam banyak tak fakta menarik yang korang tak tahu baru sekarang baru korang tahu? hehe takpe nanti aku sambung lagi.. ada lagi ni...

Ahad, 25 Julai 2010

OTAK KITA MUNGKIN ROSAK SEBAB.....


Aku dapat e-mail dari kawan aku berkenaan kerosakan otak jadi jom kita tengok sama...


1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisipada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok - Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan - Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara - Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur - Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur - Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat - Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi - Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.


P/S=eh! aku terlupa nak copy yang ke-10 plak? adoiyai... jadi 9 pun ok la kot? hehehe yg 10 tu agak-agak korang apa? sekarang heboh pasal video ariel dan luna? tu pun boleh jadi penyebab kerosakan otak! jadi paham-paham la... hehehehehe

Sabtu, 24 Julai 2010

MAKSUD HURUF PERTAMA NAMA ANDA??

Huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan:-


A=Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.


B=Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C=Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D=Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja.Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E=Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F=Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G=Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H=Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I=Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J=Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas. K=Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L=Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M=Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N=Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O=Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P=Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q=Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R=Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S=Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka mungkir janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T=Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U=Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V=Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.


W=Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X=Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y=Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z=Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.


(contoh=NICK IRFAN jadi huruf aku N dan I tapi bila dah check ada betol ada yang tak betol? tapi bila check nama sebenar aku plak? memang semua betol! hehe)


P/S=korang punya nama apa maksud plak? hehe

Jumaat, 23 Julai 2010

10 HEALTH BENEFIT ABOUT EGGS

Salam... perghh!! buat pertama kali aku buat entry tulis omputih? hehe saja nak cuba-cuba jer? harap-harap korang faham yer? aku nak cerita pasal TELUR.. hehehehe





1. Eggs are great for the eyes. According to one study, an egg a day may prevent macular degeneraton due to the carotenoid content, specifically lutein and zeaxanthin. Both nutrients are more readily available to our bodies from eggs than from other sources.

2. In another study, researchers found that people who eat eggs every day lower their risk of developing cataracts, also because of the lutein and zeaxanthin in eggs.

3. One egg contains 6 grams of high-quality protein and all 9 essential amino acids

4. According to a study by the Harvard School of Public Health, there is no significant link between egg consumption and heart disease . In fact, according to one study, regular consumption of eggs may help prevent blood clots, stroke , and heart attacks ..

5. They are a good source of choline. One egg yolk has about 300 micrograms of choline. Choline is an important nutrient that helps regulate the brain, nervous system, and cardiovascular system.

6. They contain the right kind of fat. One egg contains just 5 grams of fat and only 1.5 grams of that is saturated fat.

7. New research shows that, contrary to previous belief, moderate consumption of eggs does not have a negative impact on cholesterol. In fact, recent studies have shown that regular consumption of two eggs per day does not affect a person's lipid profile and may, in fact, improve it. Research suggests that it is saturated fat that raises cholesterol rather than dietary cholesterol.

8. Eggs are one of the only foods that contain naturally occurring vitamin D.

9. Eggs may prevent breast cancer . In one study, women who consumed at least 6 eggs per week lowered their risk of breast cancer by 44%.

10. Eggs promote healthy hair and nails because of their high sulphur content and wide array of vitamins and minerals. Many people find their hair growing faster after adding eggs to their diet, especially if they were previously deficient in foods containing sulphur or B12.


P/S=ok amacam ok tak entry aku ni bahasa omputih ni? hehe

Rabu, 21 Julai 2010

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

Salam.. hari ni aku nak letak entry manfaat sikit untuk kita semua sama-sama kita baca yer.... mulakan dengan BISMILLAH...





1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu,maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid,maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan
mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.



P/S=macam mana semua? jadi kepada semua pembaca entry ni lepas ni kita amalkan selalu ok bacaan BISMILLAH... InsyaAllah kita akan diberkati olehNya... Amin..

HEBATNYER PHOTOSHOP!! "part 5"

Salam.. ha! lama aku tak letak entry ada gambar pasal photoshop? hari tu sampai part 4 sekarang aku sambung balik yer.. Lets Cekedaut!!



Fuyooo!! Dasyat giler!!




erkkk!! Arghhhh!!! Larik!!!




Apa la benda dalam seluar dia tu... hehe




binatang apa la agak-agaknyer...




Wah! kretifnyer...



P/S=habis dah! wah! kretif betol orang yang edit gambar ni? tahniah kepada anda!! Insyaallah 1 hari nanti aku nak belajar jugak... hehe

Selasa, 20 Julai 2010

AKU MENANG!!!!

video


Member aku kasi tadi video ni kat e-mail! memang dasyat! hahaha



P/S=kalau ada orang macam ni kat depan korang apa korang buat ek? hehe




=======AKU MENANG CONTEST========

(CONTEST KINAKOYU)


ku tak pernah menang contest pertama kali join terus menang!!! rezeki betol! hahaha dah la aku tak sihat sekarang jadi bila dah menang ni? terubat sikit sakit aku ni menang contest anjuran dari akak kina!! terharu betol... thankz kak!! may god bless u and your family!! amin... hehhee eh! korang taknak ucap tahniah ker???? lalala...

DULU BESAR SEKARANG KECIL PLAK!!!!!

Salam.. arghhh!!! tension betol la!! baru nak bersemangat nak blogworking!!!! tapi dulu aku ada cerita kat korang aku mengalami kegatalan bila di garu makin besar? betol tak? atau lebih dikenali sebagai gegata sekarang alhamdulilah takde dah TAPI!!!! sekarang banyak plak bintik-bintik kecil merah kat badan aku bila di garu tak jadi besar pun tapi lagi gatal lagi garu makin gatal!!!!!! apa penyakit ni plak!!! tension!!! sekarang tetiba jari kelingking dan jari manis aku sebelah kiri membengkak plak!!!!! arghhh!!!!! seksanya!! harap-harap penyakit ni cepat sembuh... aku dah tak tahan ni... doakan aku yer... aku rindu nak terjah blog korang semua... sob.. sob...





P/S=ni penyakit gegata anak dia kot? sebab sebelum ni besar-besar sekarang tak besar tapi kecik-kecik plak??? adoiyai.. macam=macam penyakit sekarang ni.. eh! aku pun tak tahu aku kena elergic ke gegata????? tapi nak tahu jugak penyakit yang gatal-gatal ni tak boleh duduk tempat panas ke sejuk??????

Isnin, 19 Julai 2010

PUASA SUNAT

Hajas seorang hartawan dan dermawan yang sering menjemput kawan-kawannya, sewaktu makan tengah hari. ataupun makan malam , dia berasa senang hati bila menjemput kawan-kawannya makan bersama.

Suatu hari Hajas mempelawa Bedawi kawan lamanya seorang yang kuat beribadat makan tengahari bersamanya, “Maaf , hari ini tak dapat makan bersama dengan kau Hajas"

“Minta maaf ,aku sedang puasa sunat,” kata Bedawi Kemudian Hajas berkata, ”Nabi kata puasa sunat musim panas tidak digalakan,”sambil dia memandang muka Bedawi,

Tetapi aku takut pada api nereka yang lebih panas ,” kata Bedawi sambil tunduk. Seperti berfikir."Tapi nabi kata, puasa sunat selang sehari,” terang Hajas.lagi. “Tapi adakah aku engkau tahu , aku akan hidup esok hari,?” Tanya Bedawi kepada Hajas “kalau begitu baiklah, engkau teruslah beribadat,” kata Hajas lalu memberi salam dan beredar dari situ. TAMAT.


PENGAJARAN DARI CERITA INI;

Dalam beribadat banyak godaan dan ujian yang akan datang menguji keimanan kita, sama ada kita ikut pujukan orang atau syaitan dan terus beribadat kepada Allah AWT.


DISUSUN SEMULA SECARA BEBAS
OLEH:NICK IRFAN

AKU DULUNYA PLAYER ASENAL

Syukur sekarang aku Alhamdulilah beransur pulih walaupun badan masih lagi gatal tapi tak seteruk dulu? lepas aku tido je 24jam!! sampai sakit tekak aku? sakit kepala aku? jadi hari ni aku taknak makan ubat sebab ubat tu mengantuk giler! terima kasih jugak kat korang semua yang tak putus-putus ziarah blog aku ni? sepanjang ketiadaan aku dan terima kasih jugak sebab mendoakan kesihatan aku! aku memang terhutang budi kat korang semua rasa macam nak senarai je nama-nama yang komen entry aku yang lepas punya tapi apa kan daya? aku tak larat lagi baru nak pulih je ni baru datang selera makan balik dan dah berapa kali aku makan pagi ni? mak aku sedih tengok aku sebab aku ni macam orang kebulur yela 3 hari koma tak sedarkan diri!!! jadi sekarang aku nak blogworking semula!!! NANTIKAN KEMUNCULAN AKU!!!





ha! ni nak bagi tahu rahsia dulunya aku bermain untuk asenal..
===NI VIDEO SEMASA AKU MENJALANI LATIHAN DI ASENAL===


video

korang masih tak pecaya ke? ha! fabregas kirim salam kat semua... lalala...

Ahad, 18 Julai 2010

TERIMA KASIH SEMUA!!

ha! macam ni keadaan badan aku masa 15julai tu! sebijikk sama!!!!! serius!!! eh! tapi yang dalam gambar ni bukan badan aku ye? ni aku ambik kat google rupanya penyakit ni nama =GEGATA=



Aku baru balik dari klinik Dr Habshah binti Haji Hasyim hehe saja nak mempromosi sikit nama doktor ni,aku pergi tadi dalam pukul 10pagi dok kat luar panas sikit apa lagi makin membesar kegatalan di badan aku ni!!!! masuk je klinik doktor check dia kata ada elegic! dan tak boleh dok tempat panas lepas tu dia suruh aku ingat makan apa? jadi aku pikir balik la last aku makan banyak? yela besday aku masa tu aku makan Fish ball!! Ikan Pari!!! Daging masak hitam!!! Gulai Sotong! Ayam!! dan Bebola Ketam!!! keesokan harinya aku gatal-gatal seluruh badan!! arghhhh!!! baru aku tahu itulah puncanya! aduh...


lupa nak ambik pic kat belakang badan aku nak tunjuk kat korang? tapi serius!! dah macam peta dunia!!! doktor tengok pun terkejut giler! dia kata ni dah teruk sangat ni mungkin aku silap makan ubat? memang betol! aku ada makan ubat antibiotik kakak aku malam tu besday aku sebab badan dah mula gatal? rupanya ubat tu punca ia merebak jadi banyak! arghhh!!! trauma aku.. lepas ni kena berhati-hati sebab aku ni elegic orangnya
sebab doktor kata orang putih-putih ni berpotensi elegic! aduh... kenapalah aku puth sangat! eh! tak baik kena syukur sebab aku putih eh! lagi 1 sory sebab ada beberapa komen korang kat entry sebelum ni aku terdelete? sory...

Jadi minta maaf lagi kat korang tak dapat nak terjah blog korang dan terima kasih sebab sudi jugak datang blog aku walaupun aku tak singah blog korang? terharu... tapi! adoi.. banyak aku hutang ni.nanti aku terjah blog sorang-sorang ye sambil drop komen? minta maaf banyak-banyak sebab sekarang walaupun intenet aku laju? memang aku tak boleh nak terjah blog korang sebab aku dalam keadaan lemah sebab selera makan aku hilang jadi berat badan pun dah susut! adoi. aku tengah dok taip ni pun kejab bangun kejab berbaring balik tak boleh duduk lama pening kepala? 1jam 40minit aku taip entry ni!! walaupun sakit tetap jugak nak update? nak buat macam mana aku sayang giler blog ni
aku dah anggap macam bini aku blog ni... hehe



P/S=hmm... aku nak minta maaf kat korang semua banyak-banyak kalau ada komen-komen aku kat entry korang buat korang tersinggung ke? maaf banyak-banyak?

Sabtu, 17 Julai 2010

SAPA TAHU PENYAKIT NI?

Salam.. lama tak update blog ni sebab sekarang aku tak sihat aku kena penyakit dalam gambar ni seluruh badan!!! tapi bila di garu? jadi lagi besar!!! memang seksa! sapa tahu ni penyakit apa??? mak aku kata "Kelopak Garam" ayah aku kata plak "Kena Kencing Langsuir" kakak aku kata plak "Ruam" yang mana 1 yang betol ni???



P/S=macam mana nak ubati penyakit ni?? ada sapa tahu tak? nak letak apa ek? dan akhir sekali maaf tak dapat terjah blog korang semua takpe nanti aku dah sembuh aku terjah blog korang semua ok!!! thankz sudi singgah blog aku ni..

Rabu, 14 Julai 2010

14JULAI? EH! TARIKH KERAMAT!!!

Kenapa Tarikh 14julai tarikh keramat bagi NICK IRFAN????



Ha! hari ni la kan 14 julai!!!!


Salam.. 14 julai kan hari ni? arghhhhhh!!!! itu tarikh keramat dalam hidup insan yang bernama NICK IRFAN!! hahahaha eh! korang nak tahu tak kenapa? nak tahu? betol ke ni? hmm...ok! disini aku nak menegaskan setiap tahun tarikh 14 julai adalah tarikh itu amat bermakna dalam hidup aku kerana tarikh tu la menandakan aku di lahirkan di dunia di hospital Adventist di Pulau Pinang pada tahun 1990! di sambut plak oleh Doktor Robiey Bruce dari Australia! thankz doctor! im big now! may god bless you! wah! tarikh tu jugak buat pertama kali aku dapat menghirup udara segar! syukur...

Terima kasih jugak kat mak aku sebab susah payah lahirkan aku dan bawak aku kemana saja dia pergi selama 9 bulan! bayangkanlah! kesian kat mak aku dan mak korang jugak dan kita patut rasa amat beruntung sebab dapat rasai hidup di dunia ni! yela..berbanding bayi yang dilahirkan dan dibuang macam tu jer! perghh!! bayangkanlah macam mana? tragis! sian dorang tak dapat rasai hidup dalam dunia yang serba indah ni jadi kita semua amat beruntung tau! jadi sayangilah ibu dan bapa anda...

Hari ini jugak hari bersejarah dalam hidup aku sebab umur dah masuk 20tahun! dah boleh kawin ni ops! hehe takde la aku still single la macam mana nak kawin? lagipun aku nak kawin umur 30! sebab rasanya umur aku 30 kewangan kukuh dan dah matang senang nak jaga anak dara orang masa tu? haha kalau 20an aku rasa aku tak matang lagi kot? nampaknya lagi 10tahun la! insyaallah aku merancang tuhan menentukan..

Hmm...hari ni takde belasan tahun dah umur aku! wah! sedihnyer,rindu masa umur belasan tahun sekarang dah 20! tapi rasanya 20 masih muda lagi ops! haha jadi kepada semua ahli blog aku terima kasih kerana anda semua adalah hadiah paling berharga dalam hidup aku! Yela..serius! aku mana pernah dapat hadiah dari orang lain kecuali parent sendiri la,kenapa korang hadiah paling berharga? aku target ahli blog aku cukup-cukup 1000 masa besday aku nanti Tapi! ni lebih dari 1000! memang ni hari yang paling aku happy! dan sayang jugak kat korang semua! aku doakan semua ahli blog aku berjaya di dunia dan akhirat...

Korang masih tak dapat tangkap lagi ke? apa yang aku nak ceritakan kat entry ni? ha! tak tahu lagi? ok. kali ni aku bagi tahu straight to the point ==HARI INI BESDAY AKU YANG KE 20== korang tak nak ucap ke? sedih kalau korang tak nak ucap sebab aku tak pernah terima ucapan selamat hari jadi sebelum ni? sob.. sob... (sambil buat muka comel minta simpati)




P/S=kepada yang selalu ziarah blog aku? tak kira korang komen ke tak komen ke? silent reader ke? TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA DAN SEMOGA ALLAH MERAHMATI ANDA SEMUA!! AMIN....

Selasa, 13 Julai 2010

HEBATNYE PHOTOSHOP!! "part 4"

Ha! macam biasalah aku sambung lagi photoshop ni best plak tengok gambar-gambar photoshop rasa teruja plak? nanti ada masa aku nak try buat jugak la... eh! terlupa plak jom tengok photoshop seterusnya plak yer? hehe




aku suka gambar ni memang kretif giler!!!




peliknyer belakang badan dia ni....





wah! tangan sapa plak tu!!!




ni memang pelik! apa benda la ni....




wah! ada tangan dalam jari? hmm...



P/S=eh! untuk mengelakan kekeliruan yang maha kelam kabut semua gambar photoshop ni bukan aku yang buat yer? harap maklum... hehehehe ha! sebelum terlupa esok aku post gambar last punya photoshop ni...

Isnin, 12 Julai 2010

HEBATNYA PHOTOSHOP!! "part 3"

Sedihnyer dah habis pun piala dunia! hmm...macam mana aku nak post pasal bola dah? cadang nak post pasal piala malaysia plak nanti? ataupun EPL.. eh! hehehehe ha! ni ada lagi sambungan pasal photoshop jom la tengok kretif betol dorang ni.....




arghhh!!! ni menatang apa la agak-agak yer?





dah macam orang cacat dah aku tengok? ops! hehe





huh! macam labah-labah tu!!!





apa yang pelik kat laki ni?? korang dapat cam tak?






dia ni menang pelik! spesis apa la agaknyer



P/S=esok aku akan sambung lagi part akhir pasal photoshop ni... hehe

SEPANYOL MENANG!!!! YAHOOO!!!

Yahoooo!!! sepanyol menang! 1-0 gol jaringan dari inesta menepati ramalan aku bahawa spain akan menang!!!! apa-apapun memang perlawanan kali ni memang rancak! serang menyerang! kalau tak salah aku 10 kad kuning dan 1 kad merah! fuyooo!! banyak giler! aku dah berkira-kira akan berlarutan ke sepakan penalti tadi? tapi bola lewat jaringan inesta meranap impian belanda! tapi aku rasa gol kemenangan inesta tu berpunca kad merah yang di berikan oleh heitinga sebab dia pertahanan kental! jadi dia dah takde? lagi senang spain nak score gol! walupun gol tu agak kontravesi? hehe tapi perlawanan yang paling dramatik! dan spain pun layak untuk menang! Spain menang dengan Portugal? Paraguay? Germany? dan Belanda sendiri semua 1-0!!!!! haha yang paling penting tepat jugak ramalan paul the sotong! hahaha..



=EURO 2008=
=WORLD CUP 2010=



tahniah kepada Xavi,basquet,casilas,toress,villa,alonso,puyol,caplediva,pique,ramos,navas,pedro,fabregas yang paling penting penjaring gol INIESTA!!!! Go Go Laroja!!!




macam dalam gambar ni aku lompat tadi! hahahaha



P/S=ESPAÑA equipo es grande y nadie del mundo! ESPAÑA mi última esperanza de ganar otra vez! ESPAÑA vida! felicitaciones! eres el mejor!

Ahad, 11 Julai 2010

HEBATNYA PHOTOSHOP!! "part 2"

Ha! ni ada lagi sikit tentang photoshop aku nak berkongsi ni! hehe memang hebat teknologi sekarang semua benda yang tak logik boleh jadi logik! wah!



eh! siap berkembar lagi tu! wah! memang dasyat!




eh! mulut sapa plak tu??





perghhh!!! ni lagi sempoi! siap ada kaki lagi tu!





agak-agak korang menatang apa la ni????





peliknyer rambut dia kan?? hehe



P/S=ha! korang rasa terkejut tak? eh! itu baru sikit esok ada lagi! hehe tapi aku memang respek la sapa yang edit ni..

HEBATNYA PHOTOSHOP!!! "Part 1"

ha! hari ni aku nak tunjuk sikit gambar-gambar yang di edit guna photoshop! wah! memang menarik! aku tabik sapa yang buat ni! aku teringin jugak nak buat photoshop sendiri? tapi aku download dah sofware dia tapi try buat tak jadi-jadi pun? hahaha...




wah! kretif betol siap ada petak-petak lagi!





erkkk.. mengerikan tengok gambar ni? tetiba rasa phobia plak nak flash tandas lepas ni? hehe






huh! wah! memang dasyat giler babeng! hahaha





eh! dia ni burung jadian ke? sebab kalau serigala jadian tak mungkin? hehe





ouch!! sakitnya kena tumbuk...




P/S=sapa kat sini tau guna photoshop? sapa tahu aku tabik la kat korang! sebab aku tengok photoshop pun dah pening... hehe



GERMANY 3 VS 2 URUGUAY wah! memang perlawanan yang hebat! dengan kedua-dua pasukan serang menyerang! memang terhibur! gol plak selang berapa minit je masuk gol! perghh!! aku cukup puas hatilah dorang lawan tapi kesian kat uruguay last minit forlan sepak percuma kena tiang! kalau masuk la tadi sah! kena main dalam masa tambahan tapi uruguay memang hebat! lepas ni pasukan lain kena takut jugak kat uruguay ni tapi tak puas hati sebab jerman tak turunkan klose dan podolski! tapi dorang letak cacau dan kiesling! tapi apa-apapun permainan yang menarik! tapi harap-harap esok lagi menarik! Go Go Spain!!! harap-harap spain menang! hahaha

Sabtu, 10 Julai 2010

TAFSIR MIMPI ANDA "part 10"

Ha! aku sambung balik pasal tafsir mimpi kali ni part 10 plak? eh! banyak plak tafsir mimpi dalam entry aku yer? tapi nak buat macam mana? kat akaun nuff aku keyword banyak plak tentang tafsir mimpi! haha jadi semakin rajin aku nak letak entry pasal tafsir mimpi ni? hehe


200 Mimpi makan buah berangan : Alamat akan dapat anak yang baik.

201 Mimpi makan buah tomato : Akan diberi pekerjaan yang menyenangkan.

202 Mimpi wajah anda tersenyum : Akan memdapat kawan baru.

203 Mimpi makan bubur : Akan mempunyai banyak kawan.

204 Mimpi makan kacang panjang : Akan ada kesukaran dengan kawan.

205 Mimpi makan coklat : Akan sehat dan kuat.

207 Mimpi makan daging ayam : Akan memperoleh harta.

208 Mimpi makan daging kambing : Akan mendapat rezeki yang halal.

209 Mimpi makan daging kuda : Alamat akan memperoleh kekayaan.


210 Mimpi makan daun sederi : Akan dicintai orang .


211 Mimpi makan ikan : Akan memperoleh wang yang halal.


212 Mimpi makan jagung : Alamat beruntung dan menyenangkan.


213 Mimpi turun dengan lift : Tanda kemerosotan dalam usaha.

214 Mimpi makan makanan beracun : Alamat ada kerugian besar.

215 Mimpi makan kacang goreng : Akan disisihkan kawan sendiri.

216 Mimpi makan katak hidup : Akan muncul penyakit.

217 Mimpi makan kentang : Akan hidup makmur.

218 Mimpi makan kobis : Anda akan segera kawin.

219 Mimpi timbul luka-luka: Akan memperoleh keuntungan.

220 Mimpi tidak mempunyai mata : Alamat sudah dekat ajalnya.


P/S=macam biasalah aku sarankan jangan terlalu percaya sangat ok! ni saja suka-suka jer... kan mimpi mainan tido? hehe



===RAMALAN TEMPAT KE TIGA DAN KEEMPAT PIALA DUNIA===

GERMANY 0 Vs 1 URUGUAY aku rasa uruguay mungkin boleh menang sebab suazo boleh main balik? dulu masa lawan belanda dia takde pun belanda menang tipis jer? rasanya dengan kehadiran suazo mungkin akan mengucar-kacir kan benteng pasukan jerman dan jerman plak aku tak confident dorang boleh menang kalau dorang tetap mempamerkan corak permainan macam dorang lawan dengan spain dulu! membosankan! aku rasa kalau jerman main dengan corak permainan sama macam lawan spain dulu? rasanya kalau jumpa malaysia pun malaysia boleh kalahkan jerman! walaupun muller ada masa perlawanan nanti aku rasa uruguay mempunyai harapan untuk menang gol jaringan forlan atau suazo mungkin dan akhir kata jurulatih jerman memang pengotor! hahahahhaha

FAKTA MENARIK TENTANG ISLAM "bahagian 2"

Salam... Bersambung kisah semalam! hehe ha! semalam korang baca sikit je fakta tentang islam? ha! ni sikit lagi aku sambung? apa lagi jom tengok!


21. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah Saw menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.


22. IBRAHIM adalah “Bapak” dari tiga agama besar, yakni “Judaisme”, “Nasrani”, dan “Islam”.

23. Malaikat tidak terhitung jumlahnya dan hanya Allah yang mengetahuinya.

24. Islam, berarti “submisi” atau “menyerah” kepada satu Tuhan, (Allah) “Islam” juga berasal dari kata “salam”, “perdamaian” dan yang kedua dalam erti “berserah diri”. demikian, erti dari “Islam” adalah “kedamaian yang sempurna yang datang bila kita hidup berserah diri kepada Allah”.

25. Rasulullah pernah membelah bulan menjadi 2 bahagian, dengan hanya menunjuk bulan dengan jarinya. diabadikan Allah dalam al-Qur’an surah Al-Qamar ayat 1: “Sungguh telah dekat hari qiamat, dan bulan pun telah terbelah.”

26. sebelum Nabi Ibrahim memijak kakinya ke tanah Makkah sudah ada bangunan Ka’bah yang telah dibangun oleh malaikat dan generasi sebelum Nabi Ibrahim as. Hal itu dapat difahami dari kata “Yarfa’u” meninggikan berarti meninggikan bangunan yang sudah ada.

27. Ajaran sesat di Indonesia selama 6 tahun saja (2001 – 2006) telah mencapai angka 250 aliran.

28. Rasulullah menyebutkan ada 73 golongan dalam islam, dan hanya 1 yang akan masuk jannah iaitu “Al Jama’ah”.

29. Nabi Muhammad tidak boleh membaca dan tidak boleh menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat cerdas.

30. kata2 terakhir Nabi Muhammad sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang mengungkapkan betapa besar cintanya kepada umatnya.

31. Selama 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin! hanya sekali kekalahan yakni, perang uhud

32. Musa A.S adalah nama yang paling sering disebut dalam Al-Qur’an, sedangkan maryam adalah satu2nya nama perempuan yang disebut dalam Al-Qur’an.

33. Al-Qur’an adalah buku terlaris di benua eropah.

34. Semua anak Nabi Muhammad, Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

35. Imam Ali bin Abi Thalib adalah satu-satunya orang yang pernah lahir di dalam Ka’bah.

36. Hajar Aswad itu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, tapi dosa-dosa anak cucu Adam yang menjadikannya hitam.

37. Al Khowarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (perubatan), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

38. Hijir Ismail ini dahulu merupakan tempat tinggal Nabi Ismail, disitulah Nabi Ismail tinggal semasa hidupnya dan kemudian menjadi kubur beliau dan juga ibunya.

39. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim sebagaimana dugaan atau pendapat sebagian orang. Makam Ibrahim adalah batu pijakan pada saat Nabi Ibrahim membangun Ka’bah.

40. pasukan Salib datang ke Timur ketika Khalifah Bani Abbas berada dalam masa kemunduran. Tak diduga, banyak anggota pasukan Salib tertarik kepada Islam dan kemudian menggabungkan diri dengan pasukan Salib lainnya. Thomas Arnold, dalam Al Da’wah ila Al Islam, menyebutkan bahwa mereka masuk Islam setelah melihat kepahlawanan Salahuddin sebagai cerminan ajaran Islam.


P/S=amacam? banyak tak info yang kurang dapat tentang islam? yang korang selama ni tak tahu? jadi aku mengambil kesempatan ni berkongsi dengan korang semua! hehe

Jumaat, 9 Julai 2010

FAKTA MENARIK TENTANG ISLAM "bahagian 1"

Salam.. Ha! kali ni aku letak entry fakta tentang islam dulu nanti aku sambung balik tentang tafsir mimpi bahagian 10 punya? hehe sementara tu layan ni dulu ok!!! Jom!


1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling popular di seluruh dunia, dan di USA pula nama paling popular ialah ‘Jack’


2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Kata-kata berikut ini diserap dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai arti bubuk

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perhitungan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Tidak ada apa-apa di dalam Ka’bah

6. Islam merupakan agama yang pertumbuhan paling cepat di dunia menurut banyak sumber, dianggarkan akan menjadi agama nombor 1 pada tahun 2030

7. Agama Hindu percaya bahawa di dalam Ka’Bah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama ‘Shiva Lingam‘

8. Nabi Muhammad SAW melaksanakan ibadah haji hanya sekali dalam hidupnya

9. Jikalau sekarang Al-Qur’an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur’an akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Huffaz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur’an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat.

10. Nama original dari kota suci Madinah adalah “YATHRIB”

11. pemeluk Islam bertambah 2,9% per tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2,3% per tahun.

12. Berdasarkan data dari Departmen Pertahanan Amerika Serikat. Dari 1,4 juta prajurit di militer Amerika, diperkirakan ada sekitar 3.700 yang beragama Islam ( Muslim ).

13. islam menyebar ke bumi nusantara ketika Nabi Muhammad masih hidup

14. Sebanyak 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20.000 orang AS masuk Islam setiap tahun setelah peristiwa 9/11

15. Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri 2 kali, namun kedua2nya gagal dan salah satu yang mencuri dihilangkan oleh Allah dari bumi

16. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, Baru ditemukan oleh arkeolog Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir

17. Al Qur’an adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia (Hafidz/penghafal Al Qur’an) sehingga keaslian/kesuciannya selalu terjaga.

18. Jika agama lain boleh mempunyai lebih dari 4 versi kitab suci yang berbeza , maka Al Qur’an hanya ada satu dan tak ada pertentangan di dalamnya

19. Para astronot telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi yang berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite ( tidak berujung ), radiasi tersebut menembus planet mars dan masih berlanjut. peneliti mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.

20. Penelitian lainnya mengungkapkan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga bisa terapung di air.


P/S=amacam ok tak fakta tentang islam? apa? tak puas nak baca? tunggu esok ada sambung lagi... hehe

Khamis, 8 Julai 2010

TAFSIR MIMPI ANDA "part 9"

Ha! sambung lagi! awal plak aku letak sambungan tafsir mimpi ni tengok je la sama-sama yer? sebab nanti aku nak tengok bola lepas tengok bola nak tido terus? hehe eh! Spain lawan Germany kan pukul 2.30 pagi nanti?? korang sokong mana? aku sokong spain! hehehe.. ha! dan lagi 1 aku dapat award lagi! dari melati daisy! terima kasih melati! alamak! link blog dia aku lupa nak copy? sory...





181 Mimpikan seorang wanita pengsan di hadapan anda: Akan cepat ketemu jodoh.

182 Mimpi kemaluan terlepas : Akan menderita kesusahan yang besar.

183 Mimpi kepala keluar tanduk : Akan ada perselisihan faham.

184 Mimpikan telanjang : Alamat mendapatkan malu

185 Mimpi kepala timbul luka-luka banyak : Akan memperoleh keuntungan.

186 Mimpi kepalanya dipegang orang : Bagi bujang akan mendapat jodoh dan rezeki

187 Mimpi kolam di halaman rumah penuh kotor : Akan dapat wang banyak tak di duga

188 Mimpi kucing masuk ke rumah : Alamat ada orang mahu menumpang ke rumah anda

189 Mimpi lebah bersarang di tepi telaga : Alamat yang mimpi mendapat kemulian

190 Mimpi terlepas dari suatu bahaya : Akan segera sembuh dari sakit.

191 Mimpi makan belalang : Alamat memperoleh wang yang halal.

192 Mimpi makan buah anggur : Akan menerima harta pusaka

193 Mimpi makan buah epal : Alamat akan sukses.

194 Mimpi makan buah delima : Alamat akan bersenang hati.

195 Mimpi makan buah kelapa : semoga tabah dalam menghadapi musibah.

196 Mimpi makan buah kedondong : Alamat kesihatan badan terganggu.

197 Mimpi makan buah kurma : Anda sedang dicintai seseorang yang anda tak kenali.

198 Mimpi makan buah nanas : Alamat anda bersuka cita.

199 Mimpi makan buah peer: Alamat memperoleh kerugian.

200 Mimpi makan buah betik : Akan memperoleh harta.



P/S=ha! ada tak mimpi korang dalam ni?? kalau tak jumpa jugak tunggu part ke 10 nanti yer? hehe


SPAIN 1 VS 0 GERMANY aku pelik tengok jerman lawan tadi? macam menyerah tanpa bertanding je? kena pukau ke? atau kena sumpahan sebab kalahkan agentina?? sbb sebelum ni pasukan yang kalahkan agentina tak mungkin ke final! itu fakta yer... tapi! serius memang berbeza perlawanan jerman yang sebelum ni! mungkin sebab thomas muller takde kot? apa-apapun tahniah buat toyol! haha hebat jugak dia! aku ingat Villa atau Torres yang score rupanya puyol! tapi aku tak suka dengan pedro! tamak! tapi inesta,casilas,sergio ramos dengan xabi alonso memang terbaik! haha apa-apapun tahniah buat spain akan bertemu belanda! aku rasa la spain menang la piala dunia ni? jadi dua piala dorang sapu!! EURO 2008 dan WORLD CUP 2010! sebab tengok belanda lawan uruguay nampak belanda tak berapa kuat pun! hehe dah akhir kata paul the octopus memang hebat! YAHOOO!! happy giler aku!!! pasukan aku sokong dua-dua ke final!!!!! hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster