Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Khamis, 9 Disember 2010

FILEM YANG BAKAL DITAYANGKAN 2011 NANTI! "part 1"

Salam... kali ni aku nak siarkan filem-filem yang mungkin bakal di tayangkan pada tahun 2011 insyaallah eh! tapi kan! korang nak tahu tak cerita tahun 2011 nampaknya best-best tau! kali ni aku nak siar 3 filem dulu nanti aku update lagi...


KONGSI
Produksi: MIG Production Sdn. Bhd.
Pelakon-pelakon : Shaheizy Sam (Tumulak),
Fizo Omar (ASP Shariff),
Norliana Samsudin (Detektif Maya),
Azad Jazmin (Mikail),
Putri Mardiana (Yati),
Abd Basid (Man Jawa),
Shafie Jaafar (Tok Malik),
Shahfiez (Radhi),
Fida (Maria),
Zul Handy Black (Kimpedu),
Hairul Azreen (Remy),
Sasqia (Sarah),
Pooniah (Victor),
Chew Kin Wah (Jimmy),
Komeng (Rahim),
Nizar Jeffrey (Boboy),
Alex Yanz (Robert).

SInopsis
mengisahkan penyiasatan ASP Shariff lakonan Fizo Omar terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur.Kumpulan kongsi gelap terdiri daripada pelbagai bangsa ini menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan bernama Tumulak (Shaheizy Sam) yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya.Pelbagai peristiwa dan aksi yang mencuit hati berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap berkenaan. Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian.Namun, segala ancaman yang dilakukan Tumulak didalangi Kimpedu yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana keinginannya untuk menakluki kawasan di Kuala Lumpur. Pada masa sama, Tumulak juga mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Shariff.ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik, tetapi ia tidak mematahkan semangatnya dalam menjalankan tugas. Adakah Tumulak berjaya membalas dendam terhadap ASP Shariff? Apakah aktiviti kongsi gelap di Kuala Lumpur semakin pulih atau sebaliknya? Nantikan filem ini di pawagam nanti. Pada awal 2011.(trailer filem)



SYHH..DIA DATANG


Pengarah : Saiful Apek
Syarikat Penerbit : Noradz Productions Sdn. Bhd.
Genre : Komedi
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 2011

Saiful Apek-Enol (Pelakon Utama)
Aaron Aziz-Edd (Pelakon Utama)Kuna-Datin Kat (Pelakon Pembantu)Shukery Hashim-Dato' G (Pelakon Pembantu) Airis Yasmin-Zara (Pelakon Pembantu) Zami Ismail-Pak Da (Pelakon Pembantu) Khatijah tan-Mak Da (Pelakon Pembantu) Imuda-Udin (Pelakon Pembantu) Ahmad Busu-Mat (Pelakon Pembantu) Dato' Jalaluddin Hasan-Mar (Pelakon Pembantu) Jalil Hamid-Pengarah Filem (Pelakon Pembantu) Amy Mastura-Marina/ Safea (Pelakon Pembantu) Azwan Ali-Perogol (Pelakon Pembantu) Yassin Senario-Krew Produksi (Pelakon Pembantu) Acappan-Raja (Pelakon Pembantu) Khaty Fauziah Musa-Datin Julie (Pelakon Pembantu) Rosnah Mat Aris-Pemilik Warung (Pelakon Pembantu) Reanna-Yana (Heroin Filem Samseng) (Pelakon Pembantu) Avaa Vanja-Lia (Pelakon Pembantu) Rina-Rina (Pelakon Pembantu) Rama-Editor (Pelakon Pembantu) Din Beramboi-Pelanggan Gerai 1 (Pelakon Pembantu) Bob (KU2)@Kuman-Pelanggan Gerai 2 (Pelakon Pembantu)


Sinopsis:
Edd(Aaron Aziz) dan Enol(Saiful Apek) merupakan kawan baik sejak dari kecil lagi. Mereka mempunyai hobi yang sama iaitu mengumpul barang-barang terbuang dan itulah juga mata pencarian mereka seharian. Mereka berdua sering melepak di gerai Pak Da bersama-sama dengan kawan-kawan mereka yang lain iaitu Udin dan Mat.Satu hari mereka telah terbaca iklan jawatan kosong mencari pekerja filem.Edd dan Enol sememangnya mempunyai impian dan sering berangan-rangan untuk menjadi pengarah filem. Mereka sering di tertawakan oleh kawan-kawan mereka iaitu pak Da(Zami Ismail), Mak Da(Khatijah Tan), Udin(Imuda) dan Mat(Ahmad Busu). Mereka tetap mencuba
nasib dan akhirnya di panggil untuk temuduga. Nasib mereka baik apabila di terima untuk menjadi pekerja filem. Semasa menghadiri temuduga, Datin Kat(Kuna), pengusaha filem telah terpikat dengan Enol semasa mereka bertembung.Mereka sangat gembira bila terima panggilan yang mereka telah di terima bekerja sebagai pekerja Namun begitu, nasib tidak menyebelahi mereka apabila Edd terlibat dalam kemalangan sewaktu dalam perjalanan pergi kerja pada hari pertama. Edd tidak dapat diselamatkan. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, Edd ada meninggalkan pesan kepada sahabatnya Enol. Enol hampir berputus asa untuk meneruskan impiannya untuk menjadi
pekerja filem. Namun kemunculan Raja(Acappan) menjadikannya semakin bersemangat dan bertekad untuk meneruskan impiannya dan sahabatnya Edd.Bermulalah kehidupan Enol sebagai pekerja filem. Setelah melaporkan diri di set pengambaran, beliau di beri tugas sebagai ‘handyman’. Dari hari ke hari, Enol belajar serba sedikit cara-cara pembikinan filem dan menyimpan hasrat untuk menjadi pengarah filem. Enol berkenalan dengan Zara(Airis Yasmin) secara kebetulan. Zara merupakan gadis kampung yang datang ke Bandar dan bercita-cita untuk menjadi pelakon. Hari makin hari hubungan mereka menjadi rapat. Dalam pada itu, Datin Kat sering turun ke lokasi untuk menambat hati Enol. Pada mulanya Enol rasa kekok dan tidak selesa, tapi bila dia memikirkan itulah satu-satunya peluang jika dia ingin menjadi pengarah filem, terus dia melayan segala kerenah Datin Kat.Datin Kat yang di kala itu kesunyian dan mempunyai pergolakan
rumahtangga dengan suaminya Dato G(Shukery Hashim), terus melayan dan memikat Enol dengan wang ringgitnya. Dato G merupakan seorang suami yang suka berfoya-foya dan hidup mewah atas harta isterinya sendiri. Gadis-gadis yang menjadi pelakon tambahan di dalam filemnya pasti akan menjadi gadis tambahannya pula untuk bersuka-ria. Semua pertemuan akan di atur oleh Pengurus Produksinya iaitu Angah (Angah Raja LAwak).Datin Kat dah lama tahu mengenai kegiatan suaminya, sehinggalah pada suatu hari telah berlaku satu konflik di lokasi yang melibatkan Enol dan Pengarah(Jalil Hamid). Datin Kat masuk campur dan bermula dari hari itu Datin Kat telah bertekad untuk mengambil alih production nya itu. Dato G tidak bersetuju dan mula mengelabah. Dato G telah menetapkan syarat dan menyuruh Datin Kat menandatangani perjanjian seandainya Datin Kat ingin mengambil alih production tersebut. Datin Kat bersetuju dengan segala syarat-syarat yang telah di tetapkan. Ini memeranjatkan Dato G kerana pada awalnya, syarat yang dikenakan adalah dengan harapan Datin Kat tidak
bersetuju dan menyerah kalah. Tapi sebaliknya pula yang terjadi.Apakah yang akan terjadi seterusnya…Adakah Datin Kat berjaya menyiapkan filem tersebut? Apakah Enol bersedia dan berjaya menjadi seorang pengarah filem, sedangkan dia tidak mempunyai apa-apa pengalaman dalam bidang pengarahan. Bagaimana dengan hubungan Enol dan Zara? Siapa yang dipilih oleh Enol di antara Zara, seorang gadis kampung yang lemah lembut dan cantik atau pun Datin Kat, seorang wanita kaya yang berharta dan berkedudukan? Saksikan kesudahannya dalam filem Shhh…Dia Datang (trailer filem)


RATU THE MOVIE
Pengarah : Prof Madya A. Razak Mohaideen
Syarikat Penerbit : Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd.
Genre : Pengembaraan
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 10 Mac 2011


Eizlan Yusof-Iskandar (Pelakon Utama)

Fouziah Ghous-Fauziah (Pelakon Utama)
Aminah Rhapor-Ibu Mellissa (Pelakon Pembantu)
Cico Harahap-Suami Indah (Pelakon Pembantu)
Zaibo-Penganjur (Pelakon Pembantu)
Ramona-Rakan Lyss (Pelakon Pembantu)
Shaharuddin Thamby-Pensyarah (Pelakon Pembantu)
Patrick Teoh-Boss Hana (Pelakon Pembantu)
Yusry KRU-Pengacara (Pelakon Pembantu)
Yasmin Hani-Pengacara (Pelakon Pembantu)
Aren-Juri Pesona Ratu (Pelakon Pembantu)


Sinopsis:
Filem “Ratu The Movie” mengisahkan tentang 10 orang calon Pertandingan Ratu Cantik yang akan bertanding di peringkat akhir. Kesemua 10 calon itu telah dikumpulkan di sebuah jeti dan dibawa menaiki sebuah kapal layar ke lokasi yang ditetapkan. Sewaktu dalam pelayaran tiba-tiba berlaku ribut yang sangat kuat sehingga krew kapal dan kesepuluh-sepuluh calon itu terpaksa mendarat di sebuah pulau.Sepanjang malam mereka berada di pulau itu pelbagai kejadian aneh dan misteri telah berlaku. Mereka telah diserang dan satu demi persatu calon-calon itu hilang. Sehinggalah calon akhir berjaya diselamatkan dan diistiharkan sebagai pemenang. Sehubungan itu, segala kejadian aneh dan misteri itu merupakan salah satu daripada perancangan pihak penganjur untuk mencari ratu cantik yang sebenarnya di mana kesemua calon telah dinilai bukan sahaja daripada segi kecantikan, malah mereka turut dinilai daripada aspek kelakuan dan sikap serta kekuatan mereka menghadapi cabaran.(filem ni aku tak jumpa trailer dia lagi)


P/S=nantikan filem-filem yang bakal di tayangkan part 2 plak? hehe

20 ulasan:

MR. SYAH berkata...

antara 3 filem ni... filem kongsi saja yg menarik minat aku.. heheh...

terokai seni berkata...

mana satu box opis ni?

mr.syazwan berkata...

KONGSI best!
haha

Anati Soki berkata...

ratu the movie tuh cm best. dia punyer citer pun lain dr yg lain

Cik SHiNJU berkata...

Salam..

Wah...jd wartawan plak dia.. :)

dya adriza berkata...

bagusnya mu.. mempromot filem2 tmpatan.

ada tag kawen sila buat~

hans berkata...

aku ada but review pasal filem Kongsi before nih
memang nampak filem tu menarik

P/S : Blog Gua Kena Tegur Oleh Blogger! Gua Cuak!

asliner berkata...

x sabar kot nk tgk cite kongsi..
tgk trailer jer dah mcm best..
ader part yang sam ckp loghat lar..
hik3..=)

Ann berkata...

sipnopsis filem ratu tu mcm bestttt tapi filem razak moheiden...aih terus cancel...tgu kuar tv jer la.

NARDtheNERD berkata...

kongsi macam best...

:))

Unknown berkata...

syah=ada lagi lps ni...

Unknown berkata...

cemomoi=entahlah...

Unknown berkata...

wan=ko tgk trailer dia skali ke?

Unknown berkata...

anant=sayangnya trailer xde

Unknown berkata...

yun=hhehehe

Unknown berkata...

dya=ok2...

Unknown berkata...

hans=best sbb lain dari yg lain sikit... hehe

Unknown berkata...

asliner=hahaha btol3...

Unknown berkata...

ann=nape plak?

Unknown berkata...

nar=hehhee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster