Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Jumaat, 10 Disember 2010

FILEM YANG BAKAL DI TAYANGKAN 2011 NANTI! "part 2"

Salam.. kali ni aku nak promosi lagi 3 filem tempatan yang bakal di tayangkan pada tahun 2011 jom tengok! sapa kata filem malaysia tak hebat? bagi aku tahun 2011 ni filem yang bakal di tayangkan nanti rasanya akan memberi saingan kepada filem hollywood! hehe


KANTOI


Pengarah : Mat london
Yassin Senario-Yasin (Pelakon Utama)

Fazura-Lydia (Pelakon Utama)
Rozita Che Wan-Dr. Rita (Pelakon Utama)
Ramli Hassan-Jamal (Pelakon Pembantu)
Rosnah Johari-Jamaliah (Pelakon Pembantu)
Zamarul Hisham-Insp. Razali (Pelakon Pembantu)
Roy Azman-Dr. Radi (Pelakon Pembantu)
D.D. Muchtar-Wak Wagiman (Pelakon Pembantu)
Shoffi Jikan-Salman (Pelakon Pembantu)
Kuna-Cik Non (Pelakon Pembantu)
Yang Kassim-Orang Gila 1 (Pelakon Pembantu)
Ramasundram-Orang Gila 2 (Pelakon Pembantu)
Illya Buang-Orang Gila 3 (Pelakon Pembantu)
Dato' Wan Jamal Wan Md. Saman-Orang Gila 4 (Pelakon Pembantu)
Osman Kering-Orang Gila 5 (Pelakon Pembantu)
Khir Mohd Noor-Orang Gila 6 (Pelakon Pembantu)
Wan-Din Pemandu Lori (Pelakon Pembantu)
Syed Aiman-Sam (Pelakon Pembantu)
Fathil Dani-Pemandu Bas (Pelakon Pembantu)
Aida Othman-Staff Nurse (Pelakon Pembantu)
Sheena-Nurse (Pelakon Pembantu)
Ajak Acika-Kartik (Pelakon Pembantu)
Isma Hasnor-Hernan (Pelakon Pembantu)
Harun Salim Bachik-Ketua Jaga Hospital (Artis Jemputan)
Azhar Sulaiman-Gebok (Artis Jemputan)


Yasin merupakan pelajar Sains Kimia di USM Pulau Pinang berasal dari Perlis, bertunang dengan Lydia juga rakan sekolejnya. Mereka merancang untuk berkahwin. Cerita bermula apabila Yasin hendak ke Kuala Lumpur bagi memberitahu Lydia yang sedang bercuti tentang dia telah mendapat tawaran kerja di Sarawak. Yasin ingin menyatakan hasrat untuk mengahwini Lydia sebelum berangkat ke Sarawak. Sesampainya Yasin di Puduraya, dia menyedari dompetnya telah hilang apabila hendak membayar makanan. Wak Wagiman yang kebetulan berada di Puduraya telah memberitahu Yasin yang dia tahu dan kenal siapa yang telah mencuri dompetnya. Wak Wagiman telah membawa Yasin ke sebuah “Rumah Kongsi” di mana Salman tinggal. Salman tidak mengaku telah mencuri dompet Yasin dan berlaku pertengkaran di antara mereka. Sewaktu pertengkaran berlaku,pihak Imegresen telah melakukan serbuan. Wak Wagiman dan Salman dibebaskan kerana mereka pendatang sah dan Yasin….. ditahan kerana dituduh sebagai PATI kerana gagal menunjukkan dokumen sah.(trailer untuk filem ni aku tak jumpa)



SINI ADA HANTU

Pengarah : James Lee
Alvin Wong-Meng (Pelakon Utama)
Rama-Ramasundran (Pelakon Utama)
Fasha Sandha-Hantu Pokok Pisang (Pelakon Utama)
Pete Teo-John (Pelakon Utama)
Patrick Teoh-Pakcik Ma Zhai (Pelakon Pembantu)
Eira Syazira-Noraini (Pelakon Pembantu)
Kuswadinata-Pak Hamid (Pelakon Pembantu)

Sinopsis:
Rama, Penyelia di syarikat penghantaran dan penyewaan kenderaan sedang mencari pemandu yang sanggup menghantar sebuah keranda ke luar kota dengan kadar segera. Rama berjaya mendapatkan khidmat Ah Meng dan Bakri. Mereka perlu sampai ke destinasi keesokan pagi.Ketika dalam perjalanan, radio van tidak berfungsi. Demi untuk menghilangkan kebosanan dan menghilangkan rasa mengantuk, mereka bercerita tentang kisah seram yang pernah mereka dengar. Bakri memulakan kisahnya tentang hantu pokok pisang… HANTU POKOK PISANG Kisah berlaku di sebuah kampung pedalaman… Zam menaruh hati pada kekasih kawannya sendiri. Noraini adalah kekasih kepada Farid yang terkenal dengan sikap buaya darat. Zam cuba memisahkan mereka berdua. Setelah mendengar cerita tentang hantu pokok pisang daripada seorang dukun, Zam cuba untuk melihatnya melalui cara yang diperkatakan oleh dukun tersebut. Ternyata benar, hantu pokok pisang memang wujud! Zam membawa Farid untuk bertemu ‘kekasihnya’, iaitu hantu pokok pisang.Setelah melalui pengalaman bersama ‘gadis’ tersebut, Farid jadi ketagih. Inilah masanya untuk Zam membuktikan pada Noraini siapa Farid sebenarnya. Zam bawa Noraini ke rumahnya supaya Noraini boleh melihat sendiri kecurangan Farid. Namun keadaan menjadi sebaliknya apabila Noraini memotong kain merah yang menghubungkan pokok pisang dan katil Zam… Cerita kedua oleh Ah Meng pula, mengisahkan empat sekawan mahu mendapatkan nombor ekor daripada roh orang mati. Keempat-empat mereka menghadapi masalah kewangan. Mereka terdengar kisah Black Dog memenangi loteri setelah meminta pertolongan daripada roh orang mati. Mereka berempat sepakat untuk mencuba nasib pula. Mereka mengunjungi kubur yang dikatakan hantunya sangat hebat, iaitu seorang perempuan yang berpakaian cheong sam. Tetapi lain pula yang terjadi... Seorang demi seorang akhirnya mati setelah diganggu oleh hantu cheong sam tersebut. TANDAS ASRAMA BERHANTU Kisah ketiga oleh Bakri mengisahkan tentang seorang pelajar, Yakob yang dipindahkan ke sekolah baru kerana masalah disiplin. Yakob kurang mesra dengan kawan-kawan barunya.Yakob kemudian mendapati mereka semua takut untuk ke tandas di waktu malam kerana dipercayai tempat tersebut pernah dijadikan pangkalan tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Pada Yakob, itu semua tidak masuk akal. Suatu malam Yakob sakit perut dan terpaksa ke tandas. Amin dan Johan menemankan Yakob. Malangnya, mereka benar-benar berhadapan dengan hantu-hantu Jepun. VAN Cerita keempat membawa penonton kembali kepada Ah Meng dan Bakri yang kini sedang melalui ladang kelapa sawit yang gelap-gelita. Tiada kereta yang melalui jalan tersebut. Van mereka tiba-tiba rosak. Ah Meng terpaksa mencari bantuan, sementara Bakri menunggu keranda tersebut. Apabila Ah Meng kembali ke van tanpa bantuan yang sepatutnya, mereka pula dikacau hantu pakcik tua yang mahu melarikan van mereka. Ah Meng dan Bakri terpaksa mengejar van tersebut untuk mendapatkan semula keranda yang ada di dalamnya. Dapatkah mereka mencari semula van tersebut? Siapa pakcik tua yang di dalam van tersebut? ‘Sini Ada Hantu’ bakal menemukan jawapannya.(trailer filem ni)



APOKALIPS

Tarikh Tayangan : 2011
Pengarah: mamat khalid
Farid Kamil-Sri Gala
Kala (Jehan Miskin),
Kulat (Zoey Tan),
Aman Chai (Adam AF),
Qi Qi (Myra),
Razor (Iqram Dinzly),
Lipan (Pekin Ibrahim).


Sinopsis
SEJAK mentari terbit dari barat, pertempuran hebat berlaku di seluruh pangea. Jasad bergelimpangan dan udara di seluruh pangea berbaur hemoglobin, selain bintang berguguran. Homo sapian yang mewakili puak-puak yang menguasai empat sumber utama kini bertempur untuk memonopoli, menjadi keadaan anarki. Tiada lagi undang-undang, hanya mereka berpegang pada janji.Pendita telah memberi perintah, supaya menjemput semua ‘Pengutus Pesanan’ untuk hadir ke satu taklimat berkaitan apa terjadi di Ground Zero, Apokalips dan penerangan mengenai kejadian letupan nuklear yang telah menyebabkan mentari terbit dari Barat hampir 23 hari lepas. Letupan nuklear yang telah menghamburkan partikel CK (Cyanogen Chloride) ke udara dan membunuh mereka yang berumur 30 tahun ke atas. Keadaan cukup kritikal. Wahai ‘Pengutus Pesanan’ sekalian, hanya kamu yang mampu menyelamatkan seluruh pangea itu, moga Maha Pencipta merahmati kamu. Dari itu, kamu sekalian ‘Pengutus Pesanan’ dijemput ke sesi maklumat yang akan dihadiri seluruh ketua klan dan pengikut seperti X (cerita ni poster dia aku tak jumpa dan trailer pun takde! sory..)



P/S=ha! macam mana? ok tak filem ni? tak cukup hebat lagi! takpe next entry aku kasi lagi filem-filem tempatan yang lain....

30 ulasan:

Hanisah Safian berkata...

cite first tu dasat.hahha XD

Cik SHiNJU berkata...

Salam...

Byk gak filem kuar next year erk..

Anati Soki berkata...

hehe.. yg yasin tuh.. menarik perhatian anat je :)

Raji and Yeen berkata...

woahhh
selalu org review filem yg dh keluar
nih lagi advanced ;D

yg Sini ada hantu tuh filem ker movie?

Nurul Ain berkata...

erkk!!~

Asmi Asmidar berkata...

best2 best hahah.details yoo.rajin kan. :)

dya adriza berkata...

wah! bagusnya awk ni. ptt claim duit dari penerbit2 ni sbb tolong promot filem diorng!

mr.syazwan berkata...

MAK WE AKU ADA DALAM KANTOI!

ROZITA CHE WAN

mesti kena tgk ni

hahaha

asliner berkata...

filem 2: fasha sandha hantu pokok pisang? =)

deena farhana berkata...

mcm best je kantoi tu..hehe

mie berkata...

advance nampak..
bagus2...

MR. SYAH berkata...

semua cerita klakakn...

Unknown berkata...

hanisah=hehe

Unknown berkata...

yun=ada lagi lps ni kak...

Unknown berkata...

anat=heheh

Unknown berkata...

raji=eh! filem kot..

Unknown berkata...

ain=nape?

Unknown berkata...

mida=thnkz!

Unknown berkata...

dya=tu la nnt nk minta claim la...

Unknown berkata...

wan=hahaha wajib2..

Unknown berkata...

asliner=yup! kenapa?

Unknown berkata...

deena=hehhee

Unknown berkata...

mie=biasalah.. hehe

Unknown berkata...

syah=hahaha

faizalnizam berkata...

apokalips tu cam interesting je bro.

Unknown berkata...

fyzal=mcm cte heroes pun ada.. avatar pun ada jgk,,,

cik sakdi berkata...

yang paling ditunggu2..transfomers ngan kungfu panda.kekekkeh

Unknown berkata...

sakdi=btol3..

AkuMuzikFilem berkata...

apokalips yang kutunggu. post apocalyptic punya stail

green lantern, captain america, thor, xmen 1st class, justice league america

AkuMuzikFilem berkata...

apokalips yang kutunggu. post apocalyptic punya stail

green lantern, captain america, thor, xmen 1st class, justice league america

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster