Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Jumaat, 6 November 2009

SHEIKH ABDUL KADER JAILANI

Sheikh Abdul Kader Jailani seorang saofi yang dikurniakan Allah AWT kepadanya pekara yang luar biasa,seperti terbang di udara, berjalan di atas di atas air, dan dapat melihat kejadian yang luar jangkauan.

Pada suatu hari anak jin Islam datang kepadanya untuk menuntut ilmu keagamaan, pada mulanya Sheikh Abadul Kader Jailani menolak, kerana di takuti anak-anank murid yang ramai di asrama itu diganggu oleh anak jin itu.

Tetapi setelah pujuk dan membuat janji dengan Sheikh Abdul Kader Jailani anak jin Islam itu dibenarkan belajar dengan nya dan tinggal bersama pelajar –pelajar lain di asrama itu.
Hampir dua tahun anak jin itu belajar dan bergaul bersama anak-anak manusia , Cuma yang tahu rahsianya Sheikh Abdul Kader Jailani seorang sahaja , Sesekali tuan guru Sheikh Abdul Kader Jailani bertanya kabar ,

“Adakah kamu senang berkawan dengan manusia, ? “
“Ya, senang sekali,” jawab anak jin Islam itu .
‘Tetapi jangan sesekali kau membuat kacau.”
“Saya ingat pesanan tuan guru,”

Pada satu malam peperiksaan akhir tahun akan bermula, Ramai diantara pelajar yang belajar hingga jauh malam,dalam keadaan masing-masing sudah keletihan, Ada di antara mereka yang malas hendak menutup lampu minyak yang tersangkut di syiling asrama itu.

Anak jin Islam meminta mereka menutup lampu itu, semua pelajar di asrama terasa malas mereka meminta anak jin Islam menutupnya di antara mata rasa mengantuk dan lena ayam itu, anak jin Islam bertindak luar biasa.

Dia menghulurkan tangannya , panjang seperti spring menutup lampu menyak itu, Semua pelajar yang melihat keadaan itu menjadi panik dan terkejut besar , ada tangan panjang menutup lampu.

Semua pelajar asrama itu lari bertempiaran , ada yang terjun tingkap dan lompat tangga, ramai pula yang patah kaki dan tangan, melihat keadaan yang tidak terkawal itu, Anak jin Islam itu terasa dia bersalah

Esok Tuan Guru Shaik Abduk Kader Jailani memanggil anak jin Islam itu, dan dia meminta maaf atas pekara itu, Sheikh Abdul Kader Jailani terpaksa memberhentikan pengajian anak jin itu.Pada hari keduanya semua pelajar tercari-cari pelajar tangan panjang itu, Tuan Guru Shaik Abdul Kader Jailani menceritakan pekara yang sebenar. Semua pelajar pun faham .



PENGAJARAN DARI CERITA INI:
Ilmu manusia yang Allah Kurniakan boleh menarik dan mengajar jin senis mahluk lain dari keturunan manusia.




DISUSUN SEMULA SECARA BEBAS
OLEH:NICK IRFAN

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster