Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Isnin, 16 November 2009

KALDAI DATUK CUCUNYA.

Pada Zaman dahulu ada sebuah kampung tinggal seorang datuk bersama cucunya ,hidup dalam keadaan yang susah dan melarat, mereka sering jadi mangsa ejekan masyarakat yang suka menjaga tepi kain orang lain.


Kerja keluarga miskin ini mencari kayu api untuk dijual ke pasar dengan bantuan seekor kaldai tua, Saban hari mereka membawa kaldai tua itu, hasil jualan kayu api itu untuk menyara hidup mereka


Disebabkan tidak tahan dengan umpat keji orang kampung, mereka bercadang untuk berpindah ke kampong lain, Sebaik sahaja mereka melintasi jalan keluar dari kampung itu, orang kampong telah mentertawakannya.


“Sudahlah kaldai itu tua kena bawa bebanan barang yang berat,tak ada otak punya manusia,” tuss, sambil meludah ke tanah kata seorang muda yang mengejek, bila melihat keadaan itu.

Bila mendengar perkataan itu, Datuk dan cucunya itu pun membuang bebanan di atas belakang kaldai itu ke dalam sungai. Mereka terus berjalan.Bila tiba di satu selekoh jalan ada pula orang berkata,


“ Bodohnya orang tua ini , ada kaldai tidak ditunggang?”Orang itu pun meminta cucunya menaiki kaldai itu , dia berjalan mengikuri kaldai tua itu. Bila sampai di satu selekoh jalan , Ada pula orang berkata, “Datuk yang tua berjalan,cucu duduk di belakang kaldai,? Cucunya pun turun dan datuknya pula menunggang kaldai tua itu.,


bila sampai satu selekoh jalan , ada pula seoarng perempuan tua berkata. “Cucu berjalan,datuknya duduk di atas kaldai , tak ada otak.”Si datuk mengambil keputusan , memikul kaldai dengan sebatang kayu, diikat kaki tangan kaldai itu lalu dipikulnya , cucu di hadapan datuknya di belakang. Berjalanlah mereka terhuyung hayang.


Bila sampai satu selekoh jalan orang ramai masih ketawa melihat kebodohan mereka, Akhirnya si datuk dan cucunya mencampak kaldai tua itu ke dalam sungai. Kemudian mereka berasa seperti kehilang sesuatu. Kedua-duanya melengung panjang


DISUSUN SEMULA SECARA BEBAS
OLEH:NICK IRFAN

2 ulasan:

Ice Juliette berkata...

macam2 ragam...

Unknown berkata...

ice juliet=tu la pasak tka sian dorg...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster